Saturday, June 12, 2010

Tawaran Istimewa Mum's Muffin di Kuala Lumpur & Petaling Jaya

Ramai yang bertanya macamana nak dapatkan Mum's muffin? Ramai yang tidak tahu kami mempunyai pakej terbaik yang telah kami lancarkan sejak tahun lepas.
Mum's Muffin sesuai untuk dimakan sekeluarga, majlis hari jadi & jamuan. Ramai dikalangan pelanggan kami yang membuat tempahan untuk majlis di pejabat mereka dan seperti yang kami janjikan, kami akan membuat PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK KUALA LUMPUR & PETALING JAYA TEPAT PADA MASANYA.



Thursday, June 10, 2010

BAGAIMANA MUM’S MUFFIN BERMULA (Bahagian 1)

Saya memang minat memasak. Memasak merupakan perkara yang paling saya utamakan kerana masakan saya akan dinikmati oleh suami dan anak-anak. Apa yang mereka makan menentukan kesihatan dan perkembangan mereka. Makanan adalah penyambung kehidupan.

Selain masak makanan harian saya juga memasakkan mereka makanan sampingan. Antaranya kuih-muih dan makanan kedua seperti mee, laksa dan sebagainya. Kadangkala saya tidak mahu makanan yang saya sediakan static, jadi saya mula mencuba sesuatu yang mengejutkan mereka seperti kek dan muffin. Saya rasa seronok bila mereka kata “Wah!! Makkk!!”

Pertama kali saya membuat adunan coklat, saya jadikannya kek. Tak sempat sejuk dah habis!!. Minggu depan mereka mintak lagi. Saya buat lagi dan suatu hari saya cuba membakarnya dalam cup size 12. Mereka tambah seronok.

Biasalah, suami akan kritik. Manis sangatlah, keras sangatlah. Saya terus cuba memperbaiki ‘hasil karya’ saya itu. Sampai semua kata “Yang ini lebih baik dari yang lepas”.

Sudah jadi perangai, saya akan menggunakan bahan terbaik dalam menyediakan makanan untuk keluarga. Jadi saya memilih cokelat dan tepung bermutu tinggi serta air bertapis untuk menyediakan muffin saya. Amalan itu diteruskan sebagai keutamaan kepada produk saya sekarang.


Mum’s Muffin Home made Recipe. Seperti menyediakan makanan untuk keluarga sendiri.

Suatu hari saya buat kejutan untuk suami. Dia pengemar kopi, coklat pun gemar jugak. Saya cuba hasilkan adunan mocha pada muffin saya. Suruh suami rasa dan lihat reaksi dia. Dia senyum dan kata “Rasa kopi la!” Sejak itu dia selalu minta saya buat muffin perasa mocha.

Sejak itu saya sudah ada dua makanan terbaik untuk suami dan anak-anak saya.

Chocolate Muffin dan Mocha Muffin yang sekarang ini kami namakan

MUM’S MUFFIN CLASSIC.

Jumpa lagi di bahagian kedua…